Entry: ::SUDUT KESIHATAN Oct 5, 2005



Pemakanan berkhasiat sempena Ramadan

KEDATANGAN bulan Ramadan merupakan ujian bagi umat Islam. Ia menguji kita dari pelbagai aspek, sama ada dari aspek fizikal atau mental. Dari aspek kerohanian, puasa berupaya membersihkan jiwa. Dari aspek kesihatan pula, puasa boleh digunakan sebagai peluang untuk membersihkan sistem perkumuhan, ini termasuklah pembuangan sisa toksik daripada badan.

Bagi mereka yang bercita-cita untuk menguruskan badan, bulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk memulakan program diet. Pengumpulan sisa toksik dalam jangka masa yang panjang boleh memudaratkan kesihatan.

Golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah keletihan, sembelit dan kekurangan nutrien. Pada bulan Ramadan, golongan wanita memerlukan lebih banyak tenaga untuk melakukan tugas-tugas seperti menjalani ibadah puasa, melayan kerenah anak-anak, mengurus rumah tangga dan sebagainya. Kepenatan fizikal ini boleh mengganggu kesihatan emosi seperti cepat marah, kemurungan dan sebagainya. Jika dibiarkan berterusan ia pasti menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Pengambilan suplemen yang sesuai membantu mengurangkan masalah kepenatan fizikal dan juga emosi. Suplemen boleh diambil selepas bersahur untuk mengelakkan masalah keletihan. Spirulina organik merupakan suplemen yang paling lengkap dari segi kandungan nutriennya. Pengambilannya pada bulan Ramadan amat digalakkan.

Spirulina organik dengan kandungan protein yang melebihi 60 peratus adalah sumber semula jadi protein yang tertinggi. Lebih-lebih lagi, ia mengandungi semua jenis asid amino perlu disertai dengan kandungan protein yang mudah dicernakan. Oleh itu, spirulina organik bukan sahaja sesuai diambil oleh golongan wanita malah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bekalan tenaga yang tinggi sepanjang hari.

Bagi golongan kanak-kanak yang berpuasa pula, spirulina organik memainkan peranan penting untuk membekal pemakanan yang lengkap supaya proses pembelajaran mereka tidak terjejas. Rasa mengantuk dan letih merupakan fenomena yang biasa dialami pada bulan Ramadan. Keletihan mungkin berkait dengan kekurangan zat besi.

Padahal ini, spirulina organik dengan kandungan zat besi yang mudah diserap oleh badan membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah dan kecekapan darah membawa nutrien kepada sel-sel badan dan sejurusnya membantu menangani masalah keletihan.

Bersahur di kalangan kanak-kanak seharusnya tidak diabaikan kerana ia penting untuk bekalan tenaga sepanjang hari. Amalan minum susu pada waktu sahur adalah digalakkan untuk membekalkan tenaga tambahan.

Namun demikian, pengambilan spirulina organik selepas berbuka puasa dan semasa bersahur akan memberikan kesan yang lebih baik.

Di samping itu, spirulina organik dengan kandungan vitamin B yang tinggi dan lengkap turut membantu menangani masalah keletihan.

Amalan minum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah penting untuk mengelakkan keletihan dan kehausan serta mencegah sembelit yang biasanya terjadi semasa bulan Ramadan.

Hal ini disebabkan pengambilan air yang banyak membantu melancarkan proses membuang toksik daripada badan.

Anda mungkin mengesyaki perbezaan antara spirulina organik dengan spirulina biasa yang bukan organik.

Kajian eksperimen telah membuktikan spirulina organik mengandungi nutrien yang lebih tinggi berbanding dengan spirulina biasa.

Dari segi kualitinya, spirulina organik dihasilkan secara semula jadi tanpa penggunaan racun serangga, racun rumpai dan baja kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

Untuk memastikan anda mendapat nutrien spirulina organik yang maksimum, sebaik-baiknya memilih suplemen spirulina organik yang berbentuk kapsul.

Hal ini disebabkan suplemen spirulina organik dalam bentuk kapsul adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan suplemen spirulina dalam bentuk tablet.

Jika dibanding dengan suplemen spirulina dalam bentuk serbuk, kapsul spirulina organik adalah lebih memudahkan.

   2 comments

sesape jer
January 28, 2007   10:13 PM PST
 
bengang...ape yg dicari takku jumpa jua.
farah adawiyah
January 28, 2007   09:38 PM PST
 
huh...
saya suke lah page nie..
byk maklumat....
co sye nak ucapkan thank u..
hihi...wassalam

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments