SETELAH ITU MAKA SYAITAN MENGGELINCIRKAN MEREKA BERDUA DARI SYURGA ITU DAN MENYEBABKAN MEREKA DIKELUARKAN DARIPADA NIKMAT YANG MEREKA TELAH BERADA DI DALAMNYA DAN KAMI BERFIRMAN: ``TURUNLAH KAMU! SEBAHAGIAN DARIPADA KAMU MENJADI MUSUH KEPADA SEBAHAGIAN YANG LAIN DAN BAGI KAMU SEMUA DISEDIAKAN TEMPAT KEDIAMAN DI BUMI, SERTA MENDAPAT KESENANGAN HINGGA KE SUATU MASA (MATI). (Surah al-Baqarah ayat 36 )
Firman Allah : `Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu'. Iaitu syaitan cuba menggoda mereka supaya mereka tergelincir dengan sebab tipu daya serta pujukannya untuk memakan apa yang dilarang. Ibn Jauzi di dalam kitabnya, Zad al-Masir menjelaskan bahawa terdapat tiga pendapat mengenai cara mereka berdua digelincirkan:
Pertama, Iblis membuat helah sehingga dapat masuk ke syurga melalui ular, seperti pendapat Ibn Abbas dan as-Suddi.
Kedua, bahawa Iblis berada di pintu syurga dan menyeru kedua-duanya, seperti pendapat al-Hasan. Tetapi Ibn Jauzi menolak pendapat ini dengan menyatakan, ia termasuk dalam kalangan israiliyat, tanpa mempunyai sanad daripada kitab dan sunah.
Ketiga, bahawa ia telah mewas-waskan kedua-duanya, tanpa suara dan penglihatan, seperti pendapat Ibn Ishak, tetapi ia jauh.
Al-Imam al-Fakhru ar-Razi melalui tafsirnya, al-Kabir, membahaskan hukum berhubung dengan maksumnya nabi-nabi kepada empat pendapat :
Pertama, segala yang berlaku pada bab iktikad. Ia tidak harus pada pandangan kebanyakan ulama, apatah lagi membabitkan kekufuran dan kesesatan.
Kedua, segala yang berlaku pada Bab Tabligh (menyampaikan risalah). Mengenainya telah ijmak umat bahawa keadaan mereka maksum daripada dusta dan menyeleweng.
Ketiga, segala yang berlaku pada Bab Hukum-hukum dan Fatwa-fatwa. Mereka juga telah berijmak bahawa tidak harus berlaku kesilapan nabi secara sengaja. Adapun secara lupa, sebahagian ulama mengharuskannya dan sebahagian yang lain tidak.
Keempat, segala yang berlaku pada setiap perbuatan dan sirah mereka. Masalah ini khilaf kepada lima pendapat, dan pendapat yang paling baik ialah tidak berlaku kepada mereka sebarang dosa secara sengaja, tetapi pada masalah lupa ini juga menjadi khilaf. Lantas natijahnya : `dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya', iaitu daripada nikmat syurga. Seraya firman Allah s.w.t.: `Turunlah kamu!', dengan maksud turunlah kamu dari syurga ke dunia. Terdapat enam pandangan ulama mengenai kepada siapakah arahan supaya turun :
Pertama, Adam, Hawa dan ular - pendapat Abu Soleh daripada Ibn Abas.
Kedua, kepada Adam dan iblis - pendapat Mujahid.
Ketiga, kepada Adam, Hawa, Iblis dan ular, sebagaimana yang dihikayatkan oleh as-Suddi, daripada Ibn Abbas.
Keempat, kepada Adam, Hawa dan Iblis - pendapat Muqatil.
Kelima, kepada Adam, Hawa dan zuriatnya - pendapat al-Farra'.
Keenam, kepada Adam dan Hawa sahaja - pendapat Ibn al-Ambari. Inilah pendapat Imam an-Nasafi di dalam kitabnya dan mensahihkannya.
Ulama juga berkhilaf pendapat, apakah mereka diturunkan secara bersama atau berpisah-pisah. Ia terbahagi kepada dua pendapat :
Pertama, bahawa mereka diturunkan secara bersama, kecuali tempat mereka diturunkan di negeri yang berlainan. Inilah pendapat Ka'ab dan Wahab.
Kedua, mereka diturunkan berpisah-pisah. Iblis diturunkan sebelum Adam, Adam diturunkan di bumi India, Hawa di Juddah dan iblis di Aballah, satu kawasan yang berhampiran dengan Basrah. Dan riwayat daripada Ibn Abbas, bahawa diturunkan ular di Nasibin.
Dan ucapan berikut ini diturunkan kepada Adam, Hawa dan Iblis, iaitu `sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain', syaitan menjadi musuh kepada kamu, maka hendaklah kamu menjadi musuh baginya, dan inilah peringatan kepada anak Adam supaya berhati-hati dengan tipu daya syaitan. Inilah pendapat Syeikh as-Sa'di di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim.
Sayid Qutub melalui tafsirnya, Fi Zilal al-Quran mengatakan, bahawa ini menandakan semboyan peperangan telah dikhabarkan antara manusia dan syaitan hingga akhir zaman. Dan Allah menyebut natijah manusia seperti firman-Nya : `Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi', iaitu bagi kamu di dunia, tempat yang kekal untuk menjalani kehidupan. Ibn Jarir at-Thabari di dalam tafsirnya berkata, ulama telah mentakwil ayat ini dengan maksud :
Pertama, bumi sebagai hamparan - pendapat Abu al-'Aliyah.
Kedua, sebagai kubur - pendapat ar-Rabi' dan as-Suddi daripada Ibn Abbas.
Ketiga, sebagai tempat berdiri - pendapat Ibn Zaid.
Kesalahan
Kata Ibn Jarir, daripada kalam Arab, perkataan `mustaqar' ialah tempat kekal atau tempat tinggal. Firman-Nya : `Serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)', maksudnya jaminan Allah, hendaklah kamu menikmati segala kesenangan sampai kamu menemui ajalmu. Al-Mawardi menambah dengan menaqalkan pendapat Mujahid, iaitu sampai berlaku kiamat.
Al-Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir berkata, maksudnya ialah sehingga mati dan dikatakan sehingga kiamat. Asal perkataan `hin' iaitu dari segi bahasa bermakna `waktu yang jauh'.
Terdapat satu persoalan berhubung dengan maksiat Adam, kemudian beliau bertaubat. Sedangkan para nabi adalah maksum daripada melakukan dosa ? Al-Imam al-Maghari melalui tafsirnya, al-Maghari mengemukakan tiga jawapan :
Pertama, bahawa kesalahan ini berlaku sebelum kenabian Adam dan maksum berlaku selepas itu.
Kedua, bahawa berlaku hal ini disebabkan lupa, kemudian dinamakan dosa atau maksiat sebagai membesarkan perkaranya. Sedangkan lupa dan lalai tidak menafikan kemaksuman.
Ketiga, yang demikian itu termasuk dalam kategori samar-samar, sama seperti kisah yang lain. Ia tidak mungkin dilihat dari segi zahirnya dan sewajarnya kita menyerahkannya kepada Allah sebagaimana pandangan Salaf (ulama terdahulu). Atau daripada Bab Tamsil (perumpamaan) sebagaimana pendapat Khalaf (ulama kemudian).
Syeikh Muhammad Abduh menerangkan dengan panjang lebar berhubung perkhabaran Allah kepada malaikat, bahawa diciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi di samping kurniaan ilmu dan arahan sujud kepada-Nya.
- DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI,
Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
WANITA sering berasa tidak selesa jika terdapat lelehan pada faraj yang membasahi seluar dalamnya sepanjang hari. Ada juga di kalangan wanita yang berasa sakit atau `melecur' pada faraj semasa membuang air kecil atau selepas melakukan seks.
Wanita juga sering menganggap perkara sebegini adalah normal di mana kitaran haid atau hormon dalam badan yang menyebabkan lelehan tersebut berlaku. Namun begitu, tahukah anda bagaimana untuk mengenal pasti lelehan faraj tersebut sesuatu yang normal atau sebaliknya?
Faraj yang sihat akan mengeluarkan lelehan seperti mukus yang jernih atau berwarna menyerupai susu disertai dengan tompok putih tanpa bau. Lelehan tersebut berfungsi untuk melindungi faraj daripada sebarang jangkitan di samping bertindak sebagai bahan pelincir pada faraj.
Terdapat juga lelehan yang berbeza daripada lelehan yang sihat, di mana ia agak kental dan berwarna putih atau kuning kehijauan. Lazimnya, lelehan tersebut juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Antara sebab yang mempengaruhi perubahan pada lelehan faraj termasuklah kitaran haid, faktor pemakanan, mengandung, penggunaan ubat-ubatan dan pil perancang.
Walau bagaimanapun, ramai wanita tidak menyedari bahawa perubahan sifat lelehan faraj mungkin merupakan tanda-tanda wanita itu mengalami vaginitis. Vaginitis merupakan radang pada faraj disebabkan oleh jangkitan bakteria, kulat atau protozoa. Faraj yang sihat mempunyai paras keasidan iaitu pH di antara 3.5 hingga 4.5.
Paras pH tersebut akan membantu melindungi faraj daripada jangkitan bakteria seperti Escherichia coli (E. Coli), kulat seperti Candidiasis albicans dan juga protozoa seperti Trichomonas vaginalis.
Paras keasidan ini pula dipengaruhi oleh keseimbangan mikroflora pada faraj yang terdiri daripada bakteria bermanfaat seperti Lactobacillus acidophillus dan bakteria berbahaya seperti Escherichia coli dan Gardnerella vaginalis.
Lactobacillus merupakan populasi penting dalam mewujudkan keseimbangan mikroflora pada faraj bagi menghalang populasi mikroflora yang berbahaya, daripada mendominasi faraj.
Asid laktik yang dihasilkan oleh Lactobacillus berupaya memelihara paras keasidan pada faraj dan menghalang perkembangan populasi berbahaya seperti bakteria E. Coli.
Lactobacillus juga memainkan peranan penting dalam menghalang pertumbuhan kulat, Candida albicans dan spesies bakteria yang tidak dikehendaki kerana Lactobacillus berupaya menyerap lebih banyak glukosa sebagai sumber tenaga. Lactobacillus juga bermanfaat dalam membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.Lactobacillus diperoleh secara semula jadi semasa proses kelahiran.
Bagi memastikan keseimbangan mikroflora yang berterusan pada faraj, Lactobacillus boleh diambil dalam bentuk kapsul sebagai suplemen. Contohnya, kapsul yogurt yang mengandungi Lactobacillus GR-1 dan Lactobacillus RC-14 kini boleh didapati di kebanyakan farmasi.
Yogurt adalah di antara sumber kultur hidup Lactobacillus yang mudah diperoleh.Elakkan makanan yang mengandungi gula yang diproses, susu atau hasil tenusu dan makanan beryis. Alkohol, keju dan kacang tanah juga perlu dielakkan.
Elakkan penggunaan penyembur faraj atau sabun wangi apabila mencuci faraj. Pastikan faraj dikeringkan dengan sempurna. Minimumkan penggunaan antibiotik kerana ia bukan sahaja menghapuskan bakteria yang berbahaya malahan juga bakteria bermanfaat.
Pilih pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan memakai seluar yang ketat. Bertemu dengan doktor untuk mendapatkan keterangan lanjut, sekiranya berlaku perubahan sifat, sama ada warna atau rupa, pada lelehan faraj.
CIRI-CIRI SUAMI YANG SOLEH:
> Mentaati Allah s.w.t dan rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya
> Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t..
( Inilah yang Purnama impikan...)
> Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.
> Menjaga hati dan perasaan isteri.
> Sentiasa bertolak-ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan
isteri.
> Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang
memudaratkan.
> Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain atau memuji wanita lain di hadapan
isteri.
> Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
> Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan
menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
> Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
> Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
> bertanggung jawab mendidik akhlak keluarga.
> Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan keluarga.
> Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan
bersama.
SIFAT-SIFAT WANITA YANG SOLEHAH:
> Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan
suami.
> Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya.
> Wanita yang menjauhkan dirinya dari sifat-sifat tercela.
> Wanita yang tidak meninggikan suaranya melebihi suara suaminya.
> Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
> Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya.
> Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama.
> Tidak menuntut cerai atau talak.
> Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
> Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
> Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
| Previous Page | Next Page |

| << October 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | ||||
| 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
My Japanese name is Ayano Arishima.
Mulakan Dengan Bismillah!


Contact
Contact Me
Extras
random quote



| BLOGDRIVE |
| TEMPLATES |

