Mar 31, 2006
::Bicara Agama

Ibnu Bajjah - Ahli Politik dan Falsafah

ABU Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibnu Bajjah berasal daripada keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Masyarakat Barat, mengenalinya dengan nama Avempace. Ibnu Bajjah dilahirkan di Saragossa, Sepanyol pada 1082 M.

Ibnu Bajjah merupakan cendekiawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajari, antaranya menghafaz al-Quran, seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal serta menguasai ilmu matematik, fizik, astronomi dan falsafah.Selain bidang ilmu dan falsafah, beliau turut melibatkan diri dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila beliau mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.

Pada 1118 M/512 H, Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon dan Ibnu Bajjah berhijrah ke Seville, selatan Sepanyol. Di sana, beliau menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik.

Kemudian Ibnu Bajjah berpindah pula ke Granada, dan seterusnya ke Afrika Utara iaitu pusat Dinasti Murabithun. Tetapi cara pemikiran dan falsafahnya yang asing di kalangan masyarakat di situ menyebabkan beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah, Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bidaah. Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi muridnya, maka Ibnu Bajjah dilepaskan.

Ekoran kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanan ke Fez di Morocco. Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin untuk jangka waktu yang panjang.

Kedudukan yang beliau peroleh telah menimbulkan rasa iri hati daripada pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadan 1138 M/533 H, menurut satu riwayat, beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor yang bernama Abu al-‘Ala Ibnu Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmunya. Beliau dimakamkan di samping makam Ibnu ‘Arabi di Fez.

Ibnu Bajjah banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Karya asal Ibn Bajjah ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol).

Antara karyanya yang terpenting ialah Risalah al-Wida’ yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dipercayai masih tersimpan di perpustakaan Bodlein.

Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.

Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.Kitab an-Nafs menerangkan persoalan yang berkait tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi dan al-Razi.

Menurut Carra dew Vaux, perpustakaan Berlin menyimpan 24 risalah manuskrip karangan Ibnu Bajjah. Antaranya ialah Tardiyyah (syair-syair) Risalah al-Akhlaq, Kitab al-Nabat dan Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah.

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Contohnya, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani yang telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung.Biarpun umur Ibnu Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

Sesungguhnya Ibnu Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat sesuai dengan kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannya sebagai tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia. Menurut Ibnu Khaldun, kedudukan Ibnu Bajjah setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi.



Posted at 05:20 pm by ilyani

Name NunNa
May 17, 2009   06:05 AM PDT
 
Tiada kta yg Lbh indh n brmkna,meLainkan Kta dr seorg uLma trkenaL dr dunia isLam,seLain pemkiran2 ny yg membwT Sya takJub.keahLiaN Ny dLm byk bidng pun,senantiasa mengucp rSa takJub yg sgt bsar kpdny..n Mha sUCi Allah SsngGuh na yg tELh mencptkan insan sPt Ibnu bAjjah,smOga teLadn ny dpt qt jdkan panuTan
allil firdaus
November 2, 2006   06:43 PM PST
 
salam.. terima kasih di atas penulisan tentang ibnu bajjah di atas namun timbul persoalan pada diri saya adakah semua yang ditulis itu merupakan suatu kebenaran atau terdapat kepalsuan di dalamnya.. sekian. salam...
azizaffa
April 2, 2006   07:39 PM PDT
 
assalamu'alaikum...

"Tiada kekayaan yang lebih menguntungkan berbanding kebijaksanaan; Tiada kesepian yang lebih mengasingkan berbanding puji diri; Tiada fikiran sebaik kebijaksanaan; Tiada kemuliaan seperti takwa kepada ALLAH Ta'ala; Tiada sahabat seperti keramahan; Tiada warisan seperti kesopanan; Tiada pandu seperti anjuran; Tiada perniagaan seperti amal sholeh; Tiada keuntungan seperti ganjaran Ilahi; Tiada mawas diri seperti diam pada saat ragu; Tiada pantangan seperti menghindari larangan; Tiada pengetahuan seperti pemikiran; Tiada ibadat seperti pelaksanaan kewajiban; Tiada iman seperti kesederhaan serta kesabaran; Tiada capaian seperti kerendahan hati; Tiada kehormatan seperti pengetahuan; Dan tiada dukungan yang lebih dapat diandalkan daripada nasihat."

WELCOME TO http://puncak-kefasihan.blogspot.com
assalamu'alaikumwarahmatullah

alhamdulillah... barada amruna wa shalaha
 


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




******************************


Previous Entry Home
© wordweave 2004-2005
These gardens are in my hometown
Archives
<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


Reads

My Japanese name is Ayano Arishima.
Mulakan Dengan Bismillah!





Contact

Contact Me

Extras
random quote



LINK ME!
Purnama Merindu


PARA BLOGGER
Condemn Me,Condemn Me Not!!
Blog ND
NOUSH
Link Kisah Klasik!
WIRAWAn TERULUNg
Fysal
Iza
JP
xie
SK
Bai
Lan
Adya
Manja
Deanz
Redza
Huder
Linda
Tasya
NurDIA
Atikah
Badria
NaFeesa
Azizaffa
JeehAne
Masedvin
mujah|dah
EskayNet
Peterpan
Kak Ayu
Kak lynn
U.N.C.L.E
Brader Macho
Mazuki Izani
Anak^itik^comel
RufFirrah
Siti Nurhaliza
ANUAR ZAIN

LINK AKU SUKA...
Majalah TERENGGANU
BERITA HARIAN
Akhbar UTUSAN
Mari Belajar Bahasa Isyarat
TAMAN PERMATA
GROUP eBiz33.com
INFOGOSSIP
ODISI.NET
MESRA
SIM
CBOX

Meet New Friends at RakanHot


rss feed


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Blogdrive

Thanks for stopping by!