Oct 4, 2005
::Petikan Akhbar

Berita gembira untuk mereka yang berpuasa

Oleh: ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB

Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).


Nampak begitu ringkas. Tetapi manakan sama antara ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata-kata makhluk-Nya. Cukuplah bagi seorang hamba yang beriman kepada Tuhan Rabbul Jalil untuk meyakini akan jaminan yang diberikan ini. Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia merupakan satu peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.

Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah ini. Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lekang daripada memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan menjalankan perintah Allah dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan. Justeru, Baginda s.a.w. memberikan khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran berikut:

1- Puasa sebagai perisai.

Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w. menganjurkan kepada mereka yang terlalu ingin berkahwin, tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. ( Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan.

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2- Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.

Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ia akan mendekatkannya pula dengan syurga. Daripada Abu Umamah r.a. berkata: Aku pernah bertanya: ``Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya.'' Nabi s.a.w. menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (Riwayat Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)

3- Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.

4- Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.

5- Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.

Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam hadis qudsi ini, Allah s.w.t. menyatakan bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih, tetapi bagi puasa ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya. Maka Allah akan menambahkan pahala mengikut kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung oleh manusia.

Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri daripada lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia. Ada pun kegembiraan yang lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar yang telah disediakan untuknya sebagai balasan kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.

Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.

6. Ar-Rayyan untuk orang yang berpuasa.

Ar-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada Hari Kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati. Janganlah sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung harap kepada redha dan ganjaran istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira ini.



Posted at 05:45 pm by ilyani

 


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




******************************


Previous Entry Home Next Entry
© wordweave 2004-2005
These gardens are in my hometown
Archives
<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Reads

My Japanese name is Ayano Arishima.
Mulakan Dengan Bismillah!





Contact

Contact Me

Extras
random quote



LINK ME!
Purnama Merindu


PARA BLOGGER
Condemn Me,Condemn Me Not!!
Blog ND
NOUSH
Link Kisah Klasik!
WIRAWAn TERULUNg
Fysal
Iza
JP
xie
SK
Bai
Lan
Adya
Manja
Deanz
Redza
Huder
Linda
Tasya
NurDIA
Atikah
Badria
NaFeesa
Azizaffa
JeehAne
Masedvin
mujah|dah
EskayNet
Peterpan
Kak Ayu
Kak lynn
U.N.C.L.E
Brader Macho
Mazuki Izani
Anak^itik^comel
RufFirrah
Siti Nurhaliza
ANUAR ZAIN

LINK AKU SUKA...
Majalah TERENGGANU
BERITA HARIAN
Akhbar UTUSAN
Mari Belajar Bahasa Isyarat
TAMAN PERMATA
GROUP eBiz33.com
INFOGOSSIP
ODISI.NET
MESRA
SIM
CBOX

Meet New Friends at RakanHot


rss feed


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Blogdrive

Thanks for stopping by!